Pesta Buku UNITEN 2007
Pihak Perpustakaan UNITEN menganjurkan Pesta Buku UNITEN 2007 @ UNITEN Book Fest 2007. Program julung-julung kalinya ini diadakan sempena Ulang Tahun 10 UNITEN dan juga sebagai sambutansempena 50 tahun Kemerdekaan.Pesta Buku ini dibuka bukan sahaja kepada warga kampus , tetapi seluruhwarga TNB, masyarakat sekitar serta juga IPT-IPT yang berhampiran.Program ini dijangka akan dirasmikan oleh Naib Canselor UNITENMaklumat lanjut adalah seperti dibawah :
Tarikh : 2-4 Ogos 2007
Tempat: Aras Utama Perpustakaan (Lobi & "Leisure Reading Area")
Antara aktiviti/.acara menarik yang disediakan ;
- Jualan & pameran buku-buku akademik, buku-buku umum untuk keluarga, remaja, majalah-majalah dari Kumpulan Karang Kraf dan Utusan Publications, kaset-kasetsehingga kepada novel-novel remaja. Diskaun sehingga 70% akan diberikan kepada pengunjung.
- Ceramah motivasi oleh penceramah jemputan
- Aktiviti bersama keluarga
- Permainan Golf (Putter)
- Ceramah agama
- Pameran Kemerdekaan
- Ceramah-ceramah keselamatan
- Pameran kesihatan. Derma darah/Biomass Index/Pertunjukan Gamelan/dll.
- Information Hunt - Pelajar UNITEN
- Aktiviti bersama keluarga :
- Kuiz untuk kanak-kanak
- Peraduan mewarna untuk kanak-kanak
- Jigsaw Puzzle -games
- Serta pelbagai acara lain akan disediakan.
Semua warga kampus dijemput hadir.....
Datang jangan tak datang ;o)


No comments:
Post a Comment